Kimia

Pertanyaan

Fungsi dari maltosa, sukrosa dan laktosa

1 Jawaban

  • Sukrosa (C12H22O11) ialah sejenis disakarida iaitu heterodisakarida yang bersifat bukan penurun dan tidak menunjukkan fenomena mutaputaran. Hidrolisis sukrosa menghasilkan glukosadan fruktosa.
    Sukrosa boleh didapati dalam guba bit dan gula tebu, buah nanas, dan lobak merah.

    Maltosa ialah sejenis disakarida iaitu monodisakarida yang terdiri daripada dua unit glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida α-1:4.
    Maltosa terdapat dalam malt dan biji-bijian yang bercambah.

    Laktosa ialah sejenis gula disakarida iaitu heterodisakarida yang mempunyai ikatan glikosida β-1:4. Laktosa terdapat dalam susu, dan mungkin dikesan dalam air kencingwanita hamil.
    Laktosa apabila ditindakkan oleh enzim laktase akan menghasilkan galaktosa dan glukosa yang akan dibawa oleh darah ke hati. Penyerapan laktosa berlaku serentak dengan pencernaannya, kerana enzim laktase terdapat pada pinggiran berus sel epitelium usus.
    Laktosa bersifat penurun dan menunjukkan fenomena mutaputaran.

Pertanyaan Lainnya